Filem SEPI yg mmg best
Posted in Film | No Comments »
Filem SEPI yg mmg best
Posted in Film | No Comments »
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Dijiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… Ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Disaat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku Terlena
Diwajah terlukis tenang
Debar didada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan ank-anakmu
Oh… Ibu
Posted in Uncategorized | No Comments »
Syurga rumahtangga itu fitrah hati, Naluri semulajadi yg pinta diisi, Kerananya jejaka rela menjadi suami, Kerananya perawan rela menjadi isteri, Masing-masing dengan harapan, Agar rumahtangga membawa kebahagiaan. Matlamat yang satu jalannya berliku, Destinasinya sama kaedahnya berbeza, Lalu bermacamlah jalan ke sana,
Ada yang mengatakan, Bahagia itu pada harta, Diukir dari intan permata, (Gah, suamiku seorang jutawan) Tidak kurang merasakan, Bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan, (Wah, isteriku seorang celeberity) Ramai juga yang merasakan, Bahagia itu pada kuasa, Dituai oleh pangkat dan jawatan, (Wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbulkan dilema, Mencari yang benar mempelai tersasar, Kalaulah bahagia itu pada harta, Kalaulah bahagia itu pd nama, Kalaulah bahagia itu pada rupa, Kalaulah bahagia itu pada kuasa, Kenapa Charles dan Diana berpisah, Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah, Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati, Kesannya zahir rupanya maknawi, Terpendam bagai permata dalam hati, Terbenam bagai mutiara disalut nurani, Bahagia itu pada HATI, Bertakhta di kerajaan diri, Bahagia itu pada JIWA, Mahkota di singgahsana rasa, Bahagia itu KESABARAN, Bila susah tak gelisah, Bila miskin tak pemarah, Bila gagal tidak resah, Oh, suamiku, Inalillah…
Hakikatnya bahagia itu ketenangan, Bila hati mengingati Tuhan, Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi, Ketenangan pada hati, Suami isteri sama-sama mengerti, Maksud tersemi takdir ilahi,Itulah zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman, Tuluskan niat luruskan matlamat,
Suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi’, Isteriku, kaulah permaisuri hati ‘Penyeri Islamku nanti, Muktamadlah akad sahlah nikah, Dengan nama Allah, Gerbang perkahwinanpun terserlah atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan, Iman itu tujuan, Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan, Tempat mencari semua penyelesaian, Isteriku, taatilah hukum Allah, Suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf, Rumah jadi sambungan madrasah…, Seninya kerana solat… , Indahnya oleh munajat, tapaknya ….iman, Jalannya …syariat, Natijahnya…..akhlak, Tiga penjamin segala, Kunci kebahagian rumahtangga, dan terciptalah: ’setia dan penyayang suami’ ‘cinta dan kasih isteri’ lalu berbuahlah… Mahmudah demi mahmudah, yang melahirkan….. “Soleh dan solehah”
Posted in Uncategorized | No Comments »